Sabtu, 15 Jun 2013

penapis bahanapi



Penapis bahanapi.
   Penapis bahan api digunakan untuk menyekat kekotoran yang terdapat dalam bahan api dari masuk ke pam atau ke karburetor. Tempat dimana penapis bahan api di pasangkan adalah berbeza-beza dari satu kenderaan dengan kenderaan yang lain. Pada kebiasaannya penapis bahan api di pasangkan diantara pam bahan api dan tangki bahan api. Terdapat dua jenis penapis bahan api iaitu jenis ceramic dan jenis katrij (elemen kertas-buang terus). Kebanyakan kenderaan sekarang menggunakan penapis jenis katrij. Tidak perlu servis, hanya buat penggantian apabila telah sampai waktu penyenggaraan yang disyorkan.


video pam bahanapi elektrik

Pam jenis letrik.
  Pam jenis ini digerakkan dengan bantuan kuasa letrik dari bateri. Ianya ditempatkan samada di dalam ruang enjin atau di belakang berdekatan dengan tangki bahan api. Pam ini hanya akan berfungsi bila suis penyalaan di’ON’.




video pam bahanapi mec

PAM BAHANAPI

      Lazimnya tangki bahanapi terletak lebih rendah daripada karburetor oleh itu pam bahanapi diperlukan bagi menyedut bahanapi dari tangki dan menghantarnya ke karburetor. Ianya dipasangkan  diantara tangki bahanapi dan karburetor.
     Terdapat dua jenis pam bahanapi yang popular digunakan pada masa kini.
i.                    Pam jenis mekanikal.
ii.                  Pam jenis letrik.


Pam jenis mekanikal.
 Pam jenis ini digerakkan oleh aci sesondol (cam shaft). Pada kebiasaannya pam jenis ini dipasang samada dikepala selinder atau diselinder blok.




sistem bahanapi


FUNGSI UMUM KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM BAHANAPI BAGI ENJIN PETROL

 Tujuan:
        Kertas penerangan ini menjelaskan kedudukan dan fungsi komponen-komponen yang terdapat pada sistem bahanapi kenderaan bermotor. Sistem ini adalah merupakan sistem yang sangat penting pada sesebuah kenderaan.

 Penerangan:
        Fungsi sistem bahanapi ialah untuk membekalkan campuran udara dan bahanapi yang berterusan kepada enjin pada nisbah yang bersesuaian dengan semua kendalian. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut seperti  kelajuan enjin, beban, suhu dan reka bentuk enjin. Didalam sistem bahanapi, karburetor yang memainkan peranan yang penting sekali mendapatkan nisbah campuran udara dan bahanapi yang sesuai dengan keadaan kendalian enjin.


KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM BAHANAPI.
Sistem bahanapi terdiri daripada:
a.       Tangki bahanapi.
b.      Pam bahanapi.
c.       Penapis bahanapi.
d.      Saluran bahanapi.
e.       Penunjuk bahanapi.
f.       Saring udara.
g.      Karburetor.
h.      Pancarongga kemasukan.



RANCANGAN PELAJARAN AUTOMOTIF
MODUL 104 : Sistem bahan api



Jabatan               :   TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

Tajuk Kursus          :    MECHANICAL AUTOMOTIVE TECHNOLOGY
         Modul           :   104  FUEL SYSTEM 1
         Kompetensi   :   DETERMINE VEHICLE FUEL SYSTEM FUNCTION

Tarikh                    :
Hari                       :
Masa                     :
Kelas                     :
Nama Pengajar      :
Learning Standard  :    1.1     Distinguish fuel system components location


Kriteria Pencapaian
1.1.1       Define the purpose of fuel system in accordance with the fundamentals of fuel system.
1.1.2       Outline fuel system layout in accordance with the fundamentals of fuel system.
1.1.3       Define types of gasoline fuel system in accordance with the fundamentals of fuel system.
1.1.4       Identify fuel system components in accordance with the fundamentals of fuel system.
1.1.5       Define the construction of fuel system components in accordance with  the fundamentals of fuel
               system.
1.1.6       Describe the function of fuel system components in accordance with the fundamentals of fuel
               system


Tugas utama / Proses
Pengajar mentafsir,melakar, mengenal pasti,menerangkan kepada pelajar dan pelajar kompeten:
1.1.1       Mentafsirkan tujuan sistem bahanapi
1.1.2       Melakar saluran sistem bahanapi.
1.1.3       Mengenal pasti jenis-jenis enjin petrol.
1.1.4       Mengenal pasti Kompenan bahanapi
1.1.5       Menerangkan binaan kompenan bahanapi
1.1.6       Terangkan  fungsi kompenan bahanapi
               - Pam mekanikal
               - Pam elektrik
               - Penapis bahanapi
             


Bahan pembelajaran
-       Video clips
-       Bahan sebenar
-       Slide show
-       Kertas penerangan
-       Kertas penilaian
-       Kertas kerja

Ilmu dan perkongsian...

Kadang-kadang kita rasa kita punya ilmu yang lebih dari orang lain, tapi rupanya kita cuma ada sedikit saja pnegetahuan dari bidang kita dari orang lain... 
Di sinilah...ilmu dan apa yang kita ada biarlah kita kongsi...bukan untuk kita saja, tapi untuk semua orang yang nak berkongsi kebaikan...
Kelebihan kita untuk kekurangan orang lain, kekurangan kita ditampung dan ditutup oleh kelebihan orang lain...
Berkongsilah, kerana ilmu yang di kongsi bukan bukannya berkurang tapi semakin bertambah...